This Too Shall Pass

just everything is THIS TOO SHALL PASS
Kedai Online Denaihati Network

Tuesday, 16 November 2021

S A K I T

Ya Allah,

Aku sebut namaMu atas segala perasaan yang telah Engkau anugerahkan
Aku sebut namaMu atas kesulitan dan kesukaran ini
Demi NamaMu Ya Allah
Aku terlalu sakit dihina dan dicaci
Aku dihina atas mata yang memerhati tetapi bukan akal yang memahami

Ya Allah,
Aku bersumpah atas namaMu, jika aku adalah gambaran itu
Engkau berikan pengajaran yang maha dasyat kepadaku
Engkau musnahkan segala nikmat kehidupan daripadaku

Ya Allah,
Aku bersumpah atas namaMu, dan jika aku bukan gambaran itu
Jangan Engkau sukarkan kehidupannya malah Engkau anugerah kasih sayang dan rasa ihsanMu

Ya Allah,
Andai ibadatku kepadaMu sekadar mengaburi kejahatanku, Engkau musnahkan nikmat sihat ini, Engkau tarik nikmat rezeki ini.

Dan kisah aku yang satu ini aku teladankan kepada diriku.


Aku sedih bukan kerana aku perlu menerima hakikat perpisahan kerana setiap perkara yang bermula pasti akan berakhir.

Aku sedih bukan kerana tidak dimaafkan kerana walau apa pun yang telah berlaku. Kisah ini bukan hanya kisah aku. 

Aku sedih kerana aku dihina. Dihina dengan tiada belas sedang aku tidak berpeluang untuk meletakkan diri di ruang keadilan yang sebaiknya. Maaf jika aku perlu mengatakan bahawa ini adalah sebuah fitnah. Kamu hanya memahami dan percaya apa yang kamu lihat dan rasa. Justeru, apa juga bicara selepas ini tidak akan memberikan kesan kepada keadaan mendatang.

Aku sedih kerana dihina atas sesuatu yang tidak berlaku, yang belum berlaku. Bagaimana seseorang terlalu yakin soal perasaan sedang hati manusia itu seringkali berbolak balik.

Di penghujung kisah ini, aku tanggung segala kesalahan demi kesalahan, dengan namaMu Ya Allah, rasa sakit dihina dengan pelbagai gelaran membawa aku kepada rasa penyesalan yang luar biasa.

Jika aku mahu singkap sejarah kisah ini, terlalu banyak perkara aku korbankan demi menjaga hati dan perasaan. Tapi setentunya, setiap apa yang disingkap akan dibalas tuba seperti aku adalah manusia paling hina. Aku sedang belajar redha untuk fasa ini. Aku masih simpan semua babak lakonan kemanusiaan kamu, jika aku singkap, kamu tidak akan mampu menerima fakta ini sebab, pada kamu aku adalah watak antogonis, aku adalah watak seorang yang sakit. Menjadi lumrah, seorang antagonis tidak akan dilihat baik sehingga hari kiamat.

Aku bukan mangsa dan kamu juga bukan mangsa dan DEMI ALLAH, kamu tidak tahu apa-apa tentang aku. 

Ya Allah, semoga aku ikhlas maafkan segala bentuk caci maki dan fitnah ini (aku tidak perlu berlakon menjadi mangsa sebab kamu juga bukan seorang mangsa). Sekurang-kurangnya aku fikirkan tentang wajah tua ibubapa mu sebelum aku menghina. 

Jika aku betul-betul hilang pedoman, kamu akan tahu tahu siapa aku.

Semoga kamu tenang dan damai. Semoga Allah berikan kita kekuatan. Semoga Allah berikan segala kebaikan buat kamu. Semoga Allah lindungi kamu selamanya daripada perbuatan jahat manusia dan semoga Allah memberikan ganjaran syurga kerana dirimu sudah teraniaya (ini bukan sindiran tapi ini doa ikhlas).

Sudah menjadi takdir, kamu memilih untuk bermusuh. Terima Kasih dan semoga kisah ini tidak lagi dipanjangkan. Terima kasih atas pengalaman berurusan dengan manusia bersifatkan malaikat (ini juga bukan sindiran, jika kamu memerhati, maka aku juga memerhati) dan tidak perlu berasa hati malah berbanggalah kamu telah jatuhkan manusia bertopengkan syaitan seperti Wan Mohd Hidayat bin Wan Abdullah.

...dan aku masih SAKIT dihina.

Sekian
March 2020 - November 2021





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...