This Too Shall Pass

just everything is THIS TOO SHALL PASS
Kedai Online Denaihati Network

Thursday, 18 November 2021

PERSEPSI

[per.sép.si] |  ڤرسيڤسي


Definisi : (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Apabila seseorang sudah mempunyai persepsi terhadap sesuatu, apa sahaja yang dilihatnya, diketahuinya akan menjurus kepada persepsi asal akal yang difahami. Apa sahaja yang difikirkannya benar. Yang lain-lain tetap salah walaupun hakikat mata yang lain kelihatan benar.

Begini ceritanya, ada seseorang ingin merubah seseorang dengan kuasa cinta sedang dia sudah menyimpan satu persepsi daripada sejarah dan kesalahan lepas yang tidak mampu dibuang. Jesteru walau datang sekalipun perkara baik, keadaan akan dilihat buruk dan jelek. Mendamba perubahan dalam diri seseorang sedang dalam dirinya sarat dengan persepsi. 

Analogi : Aku ada sejarah dengan seseorang di mana seseorang ini pernah menyakiti hati aku. Suatu ketika seseorang yang menyakiti aku berlalu pergi dan selang beberapa masa dia muncul kembali memohon pertolongan. Atas sifat ihsan, empati dan kasih sayang yang masih ada, aku hulurkan bantuan seadanya, seikhlasnya. Jangan disoal tentang keikhlasan kerana kamu tidak pernah menjadi tuhan.

Mereka yang pernah menjadi saksi atas kesakitan dan penderitaan yang pernah aku alami akibat perbuatan seseorang itu telah menyimpan satu persepsi negatif terhadap seseorang itu dan walau dimatikan hidup kembali sekalipun, mereka tidak akan mempercayai kehadiran seseorang yang pernah menyakiti aku itu hadir sebagai seorang yang baik malah menuduh bahawa kehadiran dia hanya berlandaskan kepada kepentingan diri dia semata-mata.

1) Siapa kamu untuk menghukum sesiapa?
2) Ada aku guna duit kamu untuk hulurkan bantuan?

Rasa insecure? - Itu masalah mereka yang menyimpan persepsi tersebut.

Dikembangkan cerita, kisah aku ini berlarutan dengan perang hujah yang tiada kesudahan dan penghujung. Masing-masing saling bercerita dengan bijaksana dan mengeluarkan segala bukti hakiki untuk menjunamkan aku ke dasar yang paling bawah. 

Hari ini dia mendabik dada tersenyum seperti Jibril menumpaskan syaitan laknatullah. Dia telah menang di medan hujah sebab dirinya disifatkan tiada cacat cela dan tidak pernah berbuat salah malah sifatnya mulia sehingga meletakkan manusia yang dia cintai ke dalam neraka jahanam. 

Dia balas setiap satu kisah dengan cerminan dia khilaf tetapi tetap mulia.

Dia balas setiap satu kisah dengan caci maki keji yang paling hina. Hanya maaf untuk betulkan cacian, makian dan kejian yang sudah dilemparkan.

Dia balas setiap satu kisah dengan doa Karma (Mengertikah kamu akan doa karma?) Sudah pasti dia tahu sebab dia boleh di anggap anak tuhan, TIDAK PERNAH SALAH! Doa karma tidak ubah seperti doa meminta keburukan kepada seseorang.

Dia balas setiap satu kisah dengan memutar kisah cerita saksi tetapi sangat takut memberi nama. Takut kemenangan dan kemegahannya hilang. 

Dia balas setiap satu kisah dengan PERSEPSI!

Dia balas setiap satu kisah dengan sindiran sebab dia akan puas menyindir (send my regards to XXX - Alang-alang aku quote terus ucapan terakhir selamat malam paling hina aku rasa. Dia fikir aku akan ketawa dan senyum?) - Sememangnya sejenis anak Tuhan. Dia akan akan balas nanti dia tidak dan tidak dan dia tidak tetapi hakikatnya dia sudah mengaku dia anak Tuhan. 

Siapa anak Tuhan - Sejenis Holier than tho, dia cuma nampak kesalahan orang lain tetapi tidak nampak kesalahan diri. Dia lebih suka berhujah dan berperang kata-kata tetapi bila dihadapan dia takut disakiti. Jangan sesekali menegur kesalahannya kerana dia fikir itu hanya khilaf (tidak cukup jahat).

Aku mampu membalas hinaan ini jika aku hilang kewarasan tapi aku memilih untuk menjadi lebih dewasa - Ketahuilah, nanti dia akan balas, jika dewasa dan matang, aku tak perlu menulis sebegini. 

…dan begitulah kesudahannya. Aku fikir kami akan berdamai, tapi sifat ego dan tidak mahu kalah seorang anak Tuhan membuatkan kisah ini seakan tiada penghujung.

Dia sangat suka aku mencaci diri sendiri, dia sangat riang melihat aku membuat gambaran diri seperti manusia paling hina, dia sangat gembira melihat aku meletakkan diri dibawah tapak kaki dan dia pasti lebih gembira apabila aku mula menyembahnya.

Kerana apa semua ini boleh berlaku, kerana PERSEPSI yang seseorang itu telah sematkan dalam diri. Jika kamu menuntut perubahan dalam diri aku, aku tuntut kamu buang PERSEPSI kamu.

…dan jangan lupa, kamu sedang bergelumang dengan 2 jenis manusia yang terang-terangan CURANG di hadapan kamu. Jangan sesekali lupa akan itu. Sekurang-kurangnya aku tidak pernah berlaku curang kepada kamu.

Oh ya, tempat kami adalah NERAKA!

…dan kisah ini hanya lah sebuah cerpen semata-mata. 
SELAMAT MALAM DUNIA YANG FANA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...