This Too Shall Pass

just everything is THIS TOO SHALL PASS
Kedai Online Denaihati Network

Thursday, 9 September 2021

The Last Parcel - Bahagian II

 Assslamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.....

Semoga teman-teman pembaca sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Aku semakin terbuka dengan segala kebarangkalian yang bakal berlaku. Esok adalah hari aku akan menghantar 'The Last Parcel' kepada dia yang berhak. Apa yang ada di dalam kotak tersebut?

Hanya sebuah cerita penutup sebenarnya. Cerita penutup yang tidak tahu daripada berlaku bukaannya. Apa-apapun sebagai manusia, kita perlu dan wajib belajar untuk redha dengan setiap ketentuan yang Allah tetapkan. Ada orang berkata, kita mampu mengubah takdir dengan berbekalkan usaha yang tidak putus. Dalam konteks penutupan cerita ini, aku memutuskan untuk tidak memanjangkan sebarang pertalian kerana aku lebih faham bagaimana sukarnya sesebuah pertalian itu berlangsung dengan agenda yang samar dan sekadar menabur belas. 

Perjalanan sebuah kehidupan akan datang mungkin jauh lebih sukar daripada yang kita dapat gambarkan. Justeru, kita perlu bersedia, bersedia daripada sebarang kemungkinan yang memungkinkan kita tewas dan tergelincir daripada matlamat asal sebuah kehidupan.

The Last Parcel, aku simpulkan segala kenangan lalu menjadi sebuah pelajaran dan pedoman diri. Aku maafkan segala-galanya. Aku tahu bagaimana aku telah dihina atas perbuatan dan kesilapan aku sehingga segala bentuk kebaikkan tidak terlihat. Aku hanya dicari saat dibutuhkan dan aku didiamkan saat aku tidak berkepentingan.

I have been through the same story before and I don't expect to undergo the same experience at the age of 38. If I said I went through lots before, I never lie!. You wouldn't see the same me in the next presence if happen we come to cross the same path again. It would be completely different. How I treat you, how I talk to you and how I place you in the situation. 

Aku yang sejenis tidak pernah berhenti memohon maaf and if I would count, I asked for million apologies before. I put myself down and I put myself at the very bottom just to ensure you grant my apology. Aku tak tahu dan tidak mahu peduli atas dasar apa kemaafan telah diberikan, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku tidak pernah sombong dan ego dalam memohon keampunan. Aku percaya pada 'karma' betapa setiap kejelekkan yang telah kita lakukan, pastikan akan berlaku ke atas diri kita juga suatu hari nanti. Time will tell.

Bersambung lagi...abit occupied today!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...