This Too Shall Pass

just everything is THIS TOO SHALL PASS
Kedai Online Denaihati Network

Monday, 6 September 2021

The Last Parcel - Bahagian 1

 Assamualaikum wbt & Salam Sejahtera Semuanya

Sekadar Gambar Hiasan

2021 - Masih digambarkan sebagai tahun yang sukar. Sungguhpun tidak sesukar seperti tahun 2018 (aku akan bongkar dalam siri perkongsian akan datang), namun rasa sukar ini seakan aku berada di tahun 2009. Bila ianya melibatkan hati dan perasaan, akal dan fikiran biasanya terkalah dengan permainan sebegini. Penat mendepani hari-hari memikirkan hati manusia sedang hati sendiri tidak pernah dipeduli. Penat melawan obsesi yang tidak tahu daripada mana datangnya atau aku lupa betapa setiap deria perasaan ini adalah suatu anugerah berbentuk ujian?.

Ok, The Last Parcel - Bahagian 1 adalah cerita yang paling dekat dengan aku ketika ini. Ini adalah sebuah kisah pedoman untuk diri aku. ‘Parcel’ ini will be my last gift. The ultimate ones before I decided to affirm my prayers, meminta dengan Allah dengan bersungguh-sungguh agar ujian ini diangkat terus kerana aku tidak mampu lagi melalui hari-hari dengan empati yang tidak pernah lenyap walaupun bila terkenang peristiwa sakit diperlakukan seakan ‘hanya aku yang berbuat dosa dan, hanya aku yang bersalah’. 


Kisah ini sebolehnya aku mahu lenyapkan terus menjadi sejarah. Sungguhpun ada manisnya dalam setiap rasa pahit itu, aku berfikiran meletakkan amanah dan tanggungjawab kepada yang berhak adalah lebih menggembirakan hati. Justeru siapa?, sudah tentu kedua orang tua yang masih hidup dan bergantung harap kepada jasad ini. If only…they were no longer alive, I might not be here (astaghfirullah). Istighfar Hidayat, bukan menjauh itu dapat menyelesaikan segalanya.


Baiklah, back to the story of The Last Parcel, sebenarnya aku sekadar memenuhi keinginan dan aku lunaskan beberapa janji yang pernah aku semai dahulu. Why must it be the last parcel then?, aku mahu menjadikan ‘closure’ yang paling baik dengan tiada dendam dan tiada pengharapan. Seperti berkerat rotan yang membawa maksud, completely settled!. 


Sehingga cerita ini dikongsi, aku sebetulnya belum benar-benar yakin, bagaimana aku mampu untuk kembali menjadi seorang yang 'kejam'. Yang tidak peduli perihal manusia di sekeliling apatah lagi pedulikan perasaan sesiapa selain diri sendiri. Kejam yang dimaksudkan, bukan berkelakuan tidak baik tetapi 'tidak peduli' dan 'tidak cakna' dengan sesiapa sahaja. Just being selfish for the right thing I would say. Nevertheless, I am just know what I am doing. First thing first is to set the boundary, your things are your things and my things are mine. Don't get them mixed!


Moral :


1) It's ok and very encouraging to be nice to everyone but kena sentiasa berhati-hati sebab akan datangnya manusia yang akan ambil kesempatan atas kebaikan kita.


2) Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan berkomunikasi. Jika diam belum tentu dapat selesaikan masalah tetapi sebaiknya diam jika keadaan boleh bertambah buruk bila kita mula bersuara.


3) Buang ego dan ketidakmatangan. Hakikat dunia hari ini bukan berkisarkan kau-aku semata-mata. There are lots!


Until then, The Last Parcel - Bahagian II akan bersambung.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...