This Too Shall Pass

just everything is THIS TOO SHALL PASS
Kedai Online Denaihati Network

Sunday, 23 May 2021

Covid-19 Is Real A Threat

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya

Alhamdulillah, sewaktu perkongsian ini ditulis, aku sedang berada di Pekan, Pahang. Aku pulang seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri 1442H atas faktor kesihatan setelah hampir setahun tidak pulang bertemu ayahbonda. Syukur alhamdulillah!.

Ringkasan 5 bulan pertama ini tidak seindah seperti yang aku bayangkan. Terlalu banyak peristiwa 'tidak indah' berlaku dan segalanya menjadi pedoman dan pengajaran buat diri sendiri. Aku tidak mahu berkongsi cerita pahit itu, biarlah yang berlaku menjadi sejarah dan kenangan selamanya. Mana tahu jika aku terbuka hati untuk berkongsi suatu masa nanti, insyaAllah medan ini juga yang akan menjadi sasarannya.

Tahun ini adalah tahun kedua kita semua (seantero dunia) diuji dengan musibah Covid-19 dan saban hari, kes positif Covid-19 di Malaysia semakin meningkat sehinggakan saat aku menulis di sini, Malaysia sudahpun berada di tangga ke-dua dalam carta dunia (kumulatif kenaikkan kes per penduduk).


Graf Positif Covid-19 di Malaysia

 

Aku mula rindu saat pertama kali pihak kerajaan mengenakan PKP 1.0 yang sangat ketat sehingga kita berjaya menurukan kadar jangkitan Covid-19. Sungguhpun ramai pihak yang terkesan dengan perlaksaan PKP 1.0, sekurang-kurangnya, kes kenaikkan Covid-19 masih dapat dibendung baik. 

Ya Allah, Engkau lindungi seluruh rakyat Malaysia. Engkau berikanlah kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan virus Covid-19 ini. Engkau berikan kekuatan dan kesabaran kepada frontliners yang bertungkus lumus dalam mengendalikan kes positif Covid-19 seluruh dunia.

Covid-19 bukan perkara yang boleh dibawa bergurau kerana ia adalah ancaman yang nyata. Lihat sahaja kematian seluruh dunia hari ini. Keadaan ini seakan tidak dapat dibendung sekiranya kita sebagai rakyat tidak mematuhi SOP dan mengambil ringan akan ancaman virus ini. Justeru, kepada mereka yang cakna dan faham, sampaikan maklumat yang betul kepada mereka di sekeliling kita agar kita semua sentiasa beringat tentang ancaman yang sedang berlaku hari ini.

Aku pautkan beberapa laman sesawang yang boleh pembaca-pembaca rujuk sebagai wadah pengetahuan dan jaga diri kalian sentiasa!.


1) http://covid-19.moh.gov.my/

2) https://www.worldometers.info/coronavirus/

3) https://covid19.who.int/

Sehingga bertemu lagi dalam perkongsian akan datang.

Jaga diri anda, jaga keluarga anda, jaga persekitaran anda. Kita Jaga Kita!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...