This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - Tiada Yang kekal. Semuanya Pasti Berlalu. Jangan Persoal Akan Masa. Setiap Yang Bermula Akan Berakhir. Kenal dan Fahami 'REDHA'.

Sunday, 10 August 2014

Rutin Orang Gila.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Pelik juga bagaimana aku boleh menjadi 'gila' sekonsisten ini!. Bangun tidur hantar email, hantar email kepada si 'mati' dengan harapan email-email aku akan berbalas. Tidak apa lah, aku tidak ganggu sesiapa, aku tidak mencuri masa sesiapa. Hantar email pun cuma beberapa minit :)

Sekadar gambar hiasan

Apa khabar kawan-kawan?. Semoga kawan-kawan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sihat akal, sihat hati dan sihat perasaan. Aku alhamdulillah, masih berusaha untuk mewaraskan segalanya. Tapi kalau kita ditakdirkan ketemuan, insyaAllah senyuman paling manis juga aku akan hadiahkan buat kalian :)

Ada beberapa pertanyaan buat teman-teman pembaca,

1) Mampukah cinta dan kasih sayang menjadikan kamu seoarang yang baik?

2) Mampukah cinta dan kasih sayang menjadikan kamu jujur?

3) Dapatkah cinta dan kasih sayang menghindarkan kamu daripada berbohong dan berpura-pura?

4) Dapatkan cinta dan kasih sayang mengekang nafsu melalu?

Jika kalian tahu, just drop the comment. Ini adalah sekadar pertanyaan. Sampai suatu masa nanti aku akan buat rumusan. Rumusan akan datang mungkin berbeza sebab aku akan menilai berdasarkan pengalaman, pengetahuan, sejarah dan apa-apa sahaja perkara yang berkait.

Sekian.


1 comment:

aziekz said...

jika cinta Dan sayang itu disertai dengan Iman..niat yang jujur..ITU yg lebih bermakna..Dan mohon keberkatan dariNYA..AMEEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...