Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya…..
Mood: Bahasa Longgar
Hai rakan-rakan pembaca yang
dihormati. Apa khabar kalian semua?, semoga kalian berada di dalam situasi yang
menyenangkan dan membahagiakan dan andai sebaliknya, semoga kalian sentiasa
bersabar dan tabah hati dengan setiap ujian yang diberikanNya. Aku?,
Alhamdulillah sihat-sihat selalu.
Bayan Gas Platform - NOR SINGAPORE was there for underwater inspection |
Aku cuma sempat berada di
darat (Miri) selama 11 hari sebelum aku kembali ke D35. Sebelum aku ke D35, aku sempat ke Labuan untuk tujuan
inspection Porcupine yang baru tiba dari Houston dan Brazil. Aku bersama tool’s
principal, Mr. Wilton Cardoso dan Mr. Rodrigo Antunnes. Kedua-dua mereka ini
adalah berbangsa Portugal. Aku perlu membawa Rodrigo ke D35/Bayan untuk pilot
run PL293 manakala Hisyam perlu membawa Wilton ke PC4/B11 untuk PL354. Buat
pertama kalinya teknologi ini diguna pakai di Malaysia. Teknologi yang seakan
MFL namun dipercayai mempunyai lebih banyak kelebihan apatah lagi ianya boleh
digunakan dalam keadaan flowrate yang rendah.
*Rakan-rakan boleh membaca dan
mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi ini di Wiki ataupun manfaatkan
penggunaan internet dengan mencari maklumat berhubung teknologi ini. Mana tahu,
suatu hari nanti, kalian turut terjebak dalam lapangan oil & gas.
Aku, Unchu, Yusof dan Rodrigo bersama 16" Porcupine Pig |
Aku berada di D35 dan Bayan
selama 8 hari. 3 hari aku bermalam di D35 living quarters dan selebihnya aku
bermalam di MV IMS Aman, sebuah DP vessel yang dicharter oleh Baker Huges. Aman
masih anchored di BYDP-B. Sungguh, rasa agak lama tidak berada di atas kapal
dan pengalaman tempoh hari sungguh menyeronokkan. Tersorot pengalaman lampau
ketika aku mengemudi MV Energy Miner di Sarawak water selama 5 bulan pada tahun
2007.
Baiklah, hari ini aku suka
untuk berkongsi secebis cerita yang terkutip sepanjang aku berada di laut
tempoh hari. Cerita-cerita dan pengalaman oleh mereka yang jauh berumur dan
kesimpulan awal yang boleh aku buat untuk kita semua adalah “kehidupan setiap
daripada manusia itu adalah berpedoman”. Sungguh, kelana tempoh hari lebih
banyak membuatkan aku berfikir tentang indahnya hidup yang sementara ini.
BYDP-B dan IMS Aman. Saat siang berlabuh... |
Cerita Satu
Dulunya dia seorang yang
dikatakan nakal. Nakalnya bukan alang. Boleh dikatakan setiap nikmat yang ada
di dunia mahu dirasakannya. Maka terjamahlah setiap nikmat-nikmat itu tanpa ada
rasa takut dan ragu. Sekalipun sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, dia
masih berada dalam keadaan yang terumbang ambing. Wang bukan lagi masalah dan
persoalan. Sehingga suatu saat, dia didatangi oleh situasi yang berbisik
tentang kematian. Dia merasakan dia akan mati!. Bangkitnya esok hari, roh masih
berteman dan saat itulah dia berfikir Allah masih memberikannya peluang dan
ruang untuk kembali menyayangi diri dan apa yang dia miliki. Hari ini dia
kambali merangkak dan berjalan melalui kehidupan dengan meninggalkan segala
pengalaman nakal yang lalu sejauhnya. Janji hijrahnya bukan kepada manusia
tetapi kepada diri sendiri. Alhamdulillah, cerita dia penuh pedoman dan luar
biasa. Aku berdoa semoga dia istiqomah dan semoga Allah sentiasa melindungi dan
memberikannya hidayah.
*Pernahkan kita berasa peluang dan ruang untuk berubah
itu telahpun diberikanNya?.
Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah... Indahnya ciptaanMu |
Cerita Dua
Dua orang yang mempunyai
pengalaman yang sama dan hampir serupa. Cerita berpisah (bercerai) dengan
isteri. Kebiasaannya di Malaysia, apabila penceraian itu berlaku, kita akan
menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada orang lelaki. Namun untuk cerita
yang terkutip ini, bercerainya dua sahabat ini kerana dituntut oleh si isteri
atas sebab yang bodoh (maaf, aku sangat sedih dan malu apabila mengenangkan
sebab-sebab penceraian ini). Kesnya apabila si suami keluar ke laut bermingguan
dan si isteri turut ke laut berseronok dengan bekas kekasih dan sebagainya.
Menuntut untuk bercerai kerana si suami menghabiskan masa di laut. Sekarang apa
yang boleh kalian fikirkan apabila perkara sebegini berlaku?. Aku bukan bias
terhadap kaum lelaki, namun atas kapasiti akal yang tidaklah sebijak mana, jika
lelaki itu boleh berlaku curang makanya perempuan juga boleh berlaku curang.
Justeru, untuk setiap penceraian yang berlaku, kita jangan mudah meletakkan
kesalahan itu kepada kaum lelaki semata-mata.
*Jika takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai. Jika kaum-kaum wanita yang masih bujang di luar
sana dan tidak mahu berjauhan lama dengan bakal suami anda, memilih bakal suami
yang bekerja di laut (kebanyakkannya oil & gas lah) adalah pilihan yang
yang kurang tepat. Ingat, jika kami perlu bekerja di laut dan perlu berada di
atas kapal (tidak kiralah DP vessel, work barge dan sebagainya), masa maksimum
kami adalah 45 hari atau ada juga di antara kami yang perlu berada di laut
lebih daripada 3 bulan. Apatah lagi mereka yang bekerja di luar negara. Jika
nafsu kalian sukar dididik, tepuk dada tanya selera dan tanya lah iman…..
Cerita Tiga
7 comments:
walau di mana anda berada..
walau apa jua yg anda lakukan...
jaga diri sebaik2nya..
jgn sesekali lupa kepada keluarga & Allah swt..
semoga kebahagiaan + kejayaan di dunia & akhirat menjadi milik anda..
amin...
-NoRiSh-
best ke bermalam di tengah laut?
mesti banyak elaun bila offshore, ye!
hai cerita u share it's good for us... but some info is hide from ur side. it's depend how the story was created. cuma kadang kala sedih bila sudah "terkantoi" , dia masih tidak berubah. tak tahu sampai bila harus memaafkan...harap yang beriman atau yang mempunyai sedikit ilmu sudi menasihati kawan2 yang masih hilang arah tujuan... :)
Kak Norish: Akak, terima kasih sbb selalu singgah kat sini....insyaAllah kak, terima ksih sebab selalu mendoakan yg baik2....
IM: Biasa-biasa sahaja IM
Anonymous: Hi...sebenarnya sy confused juga dengan comment saudara/saudari...cerita yg sy dpt mmg cerita dariapda kawan2 yg sy kenali..sy cuma simplify cerita tersebut...
ooo.,,,,ni la nk uji sayang tak sayang setia tak setia si istree ek....hik2..
stuju..jka dah jodoh dgn si pelaut..kna la redha dan faham akan tugas si suami...saling percaya dan jujur...:)
heeEe..gerun jgak ckpa pasal ni,,huhu..
AsSalam..
sdg blogwalking.. gaya penulisan, penyampaian, gambar.. amat menarik. tak kira di mana jua kita berada, yg penting kena pandai jaga diri dan iman kan.. semoga mereka yg sdg hanyut tersedar dr lena.. Amin..
-TSha-
jika berjodoh dengan isteri yang bekerja di laut?
aihhhh...
Post a Comment