Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....
Tahun lalu ketika aku berada di Miri sewaktu bulan Ramadhan - Pulang dari Baram Platform |
Akhirnya keputusan telahpun dibuat!. Aku memilih untuk kembali ke Miri untuk bekerja. Masih dalam lapangan yang sama tetapi dengan syarikat yang berbeza. Setelah hampir tiga bulan berada di Arab Saudi, walaupun seketika, namun pengalaman berada dan bekerja di Tanah Arab adalah pengalaman yang tidak mungkin aku boleh lupa. Seperti lazimnya, kita hanya mampu merancang tetapi Allah juga yang menentukan segalanya. Alhamdulillah dan syukur alhamdulillah.....
Aku pernah berada dan bekerja di Miri selama lebih empat tahun dan perkara yang tidak pernah berada dalam akal adalah untuk kembali bekerja di Miri, namun ketika ini, saat keputusan sudahpun dijatuhkan aku akan kembali ke Miri. Kembali dengan semangat kerja yang baru, semangat untuk menimba pengalaman yang baru, semangat untuk menyimpan dana demi masa depan diri dan keluarga dan semoga semangat-semangat ini akan terus hidup dan terbakar dalam diri.
Kenapa?. Aku punyai sebab tersendiri. Semoga Allah mempermudahkan setiap langkah dan keputusan ini. Semoga niat ini dihormati, diredhai dan dirahmati Allah dan semua. Barangkali belum tiba masanya untuk aku berada dan bekerja di Kuantan namun aku yakin dan percaya, masanya akan tiba sekalipun aku tidak tahu bila akan masanya itu. Aku tinggalkan perkongsian ini seketika. InsyaAllah aku akan kembali seberadanya aku di Miri kelak.
A - Bekerja kerana Allah Ta'ala atas niat untuk membantu ibu bapa dan keluarga.
B - Bekerja kerana Allah Ta'ala atas niat untuk membebaskan @ meringankan diri daripada segala bebanan hutang.
C - Bekerja kerana Allah Ta'ala atas niat menyumbangkan zakat pendapatan yang wajib bagi tujuan membersihkan harta pencarian.
D - Bekerja kerana Allah Ta'ala atas niat belajar mensyukuri dan menghargai segala nikmat pemberianNya.
Sekian, terima kasih!.
6 comments:
senyap-senyap je dah balik malaysia ye...haha.
Selamat Kembali ke Miri lah..Atas niat satu tu jer tak tersebut lagi..hehe..Moga dipermudahkan dan ALLAH memberkati dan merahmati perjuanganmu dayat..Di doakan yg terbaik saja utk dayat..INSYALLAH..
moga Allah permudahkan segala urusan abg..insyaAllah... jg diri abg..:)
Salam.
Best gambar ni.
^_^
Selamat kembali ke tanah air.
..akhirnya dapat mbuat kputusan terbaek..:)..
Post a Comment