This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - Tiada Yang kekal. Semuanya Pasti Berlalu. Jangan Persoal Akan Masa. Setiap Yang Bermula Akan Berakhir. Kenal dan Fahami 'REDHA'.

Monday, 9 January 2012

Selamat Semuanya......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Suhu tidak sesejuk ketika hari pertama aku di sini. Banyak 'pages' yang aku 'unlike' kembali diruang FB sebagai tanda aku tidak berminat lagi dan tidak mahu mengambil tahu secara langsung akan apa yang sedang berlaku. Perkara-perkara yang bakal berlaku banyak sumbernya. Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk masa depan negara kita. Walau siapapun pemimpin kita di masa akan datang, semoga lebih banyak perubahan positif ke arah mensejahterakan masyarakat akan berlaku. Benar, kita perlu membuat reformasi, lakukanlah secara berilmu dan bermaruah. Semoga niat mereka (baik pemimpin mahupun rakyat) yang mendokong agama (Al-Quran dan Sunnah Rasulullah), keadilan dan kesaksamaan sebagai modus operandi dalam reformasi kini dan mendatang mendapat perlindungan Allah dan kemudahan. InsyaAllah.....

# Bersatulah kita ummat Muhammad. Hentikan segala fitnah dan segala perkara yang boleh merosakkan masa depan negara, minda generasi muda dan bersatu seandainya keadilan yang kita cari dan mahukan.

Sekian.....

1 comment:

Amir Rayyan said...

Moga Allah permudahkan urusan kita ditempat singgah ini agar kita bahagia disana nanti...jg diri abg..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...