This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - Tiada Yang kekal. Semuanya Pasti Berlalu. Jangan Persoal Akan Masa. Setiap Yang Bermula Akan Berakhir. Kenal dan Fahami 'REDHA'.

Sunday, 18 December 2011

Sebuah Nota Ringkas.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.....

tingkap tembok jejantas - perjalanan harian rumah ke ofis....
Kata-kata Ustaz Adha dua belas (12) tahun dahulu adalah benar!. Tetapi aku tidak pernah menyangkakan ianya akan berlaku seawal ini. Syukur alhamdulillah!. Sekalipun perjalanannya masih samar, aku berdoa dan berharap agar hijrah kali ini akan memberikan makna yang besar dalam hidup kami. Semoga kejayaan akan datang dapat jua dikongsi bersama-sama. Rezeki itu sentiasa milik-Nya. Ini adalah nota ringkas, nota ringkas buat semua sebagai pedoman, juga sebagai pengetahuan.

yang tersayang dan yang dirindui.....
Tanah Arab!. Sejuk dan dingin ketika ini. Baik siang apatah lagi malamnya. Di sini tiada janji, janji hanya pada diri, janji untuk menjadi lebih dihormati. Semoga pengalaman-pengalaman di sini akan memberi dan membawa rasa dihormati. Semoga di sini juga terpelihara jati dan diri. Aku tidak mahu lupa betapa aku datang berbekalkan cinta. Biarlah di sini mengajar aku erti sabar. Biarlah di sini mengajar aku erti merindui. Biarlah di sini mengajar aku erti persahabatan. Andai doa kalian ada buat kami, doa kami insyaAllah panjang buat kalian.

jam 8 pagi dan jam 5:30 petang.....kediaman dan ofis
Kalian mungkin mahu tahu.....

A. Qatar Airways - Hurmmm, tak best!. Doha International Airport pun.....ntah apa-apa!.

B. Weekend kami adalah Khamis & Jumaat.

C. Perempuan tidak boleh memandu di sini. Pemandu di sini, cam gampang!. Setakat hari ini aku tidak nampak lagi seorang pekerja perempuan bekerja. Baik penjual minyak wangi, alat solek, pelayan dll semuanya adalah lelaki. 

D. Cuma ada 2-3 keluarga dari Malaysia. Terlalu sedikit. Mungkin province lain ramai.....


E. Masjid/Surau kalau di exaggerated setiap 20 langkah ada, kedai tutup setiap kali azan. So, perbanyakkanlah solat berjemaah Hidayat!.

Ok. Semoga Berjumpa lagi (skrg pukul 4:20 waktu di SA). Assalamualaikum.....

6 comments:

aziekz said...

salam,
posting ke QATAR YE..anak istree hijrah saner ke,,,seronoknya lihat negara orang..
tahniah,,,moga disana dapat pengalaman lbih bermakna,,

Wanpetunjuk said...

Aziek - Wassalam....bukan di Qatar tapi di SA (dammam). Sy belum berkahwen.... :))

Amir Rayyan said...

Alhamdulillah...moga perjalanan dan hijrah itu dipermudahkan insyaAllah...doa sentiasa ada...jg diri abg...

Salam dari Malaysia...:)

Mohd Syafei Ahmad said...

Tahniah Wan.. Semoga tabah menghadapi semua cabaran merantau di tempat org.. im proud of you.

Kalau naik qatar airways lagi.. buat la stop over kat doha..

Ainul Hayat said...

Salam Hidayat,
Skrg berkerja di SA ye? Still dalam bidang Oil & Gas ke? Semoga baik-baik sahaja ye di negara orang...

fadzli said...

salam
semoga abg wan tabah dan terus berjaya dsana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...