Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....
Beberapa hari lagi Ramadhan akan mendamping seluruh ummat Islam seantero dunia. Semoga kita semua telahpun menutup tirai Rejab dan melabuhkan tirai Sya'ban dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan menguntungkan diri. Perkara yang paling mustahak, marilah kita bersama berdoa agar Allah terus dan akan memberikan kita peluang untuk bertemu, berada dan beribadat di bulan Ramadhan kelak. Seperti menjadi kelaziman dan amalan yang dituntut setiap tahun, aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada setiap individu yang bergelar sahabat, rakan pembaca, rakan di mukabuku dan sesiapa sahaja yang selayaknya. Mohon maaf setulus hati dan perasaan. Semoga kita semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa tawadduk dan ikhlas dan semoga Allah memberkati setiap amalam baik kita di bulan Ramadhan kelak.
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Kepada Seluruh Ummat Islam Seantero Dunia
8 comments:
Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan....salam ramadhan abg...mg kita terus mendapat rahmat Allah insyaAllah...
Abg AD mintak maaf jugak ya salah silap selama ini kalau ada..Nak bersih2kan diri sblm Ramadhan..Moga kita bertemu Ramadhan ini dan menggunakan peluang ini sebaiknya untuk menyuci diri..INSYALLAH..Salam Ramadhan..
Salam ramadhan juga bro :D
smoga kita sama2 dpt barokah rahmat dan pengampunanNya
mohon maaf juga di atas segala salah & silap yg tersurat mahupun tersirat..
salam ramadhan dik, smoga ibadah kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt..amin..
moga bulan yg mulia ini dapat memperbaiki diri kita lg,,
Ramadhan Kareem! Selamat menjalani tarbiyyah madrasah Ramadhan kpd kita semua...Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yg sebelum2nya...
"Alaika wa alaina fi amanillah"
Salam Ramadhan juga buat kamu. Semoga amal ibadah kite diterima.
kali ni berpuasa di mana?
Puasa penuh yer dayat, jangan jadi macam tahun-tahun lepas...haha...
Post a Comment