
Rasa Tiada Penghujung
Sekalipun pasirnya tidak sama
Sekalipun batunya tidak serupa
Namun tari ombak itu, airnya dahulu
Yang merentas sempadan, masih gemalai bayu
Rasa itu datang sejak dalam mimpi
Tidak tersangka nyata dalam realiti
Berkongsi ceritera yang berbahagi
Walau tahu balasnya tak peduli
Dahulu gebangnya bersendiri
Apalagi bila dikepung sepi
Hari ini masih dengan diri
Lakon layarnya sahaja bertampi-tampi
Biarlah nafas sesak
Biarlah dada sebak
Biarlah mata senak
Asal yang dilihat masih terjejak
Rindu pada percikkan yang asin
Harta ini pernah sekali ditelannya
Mujur sahaja bukan diri
Belum masa roh dan jasad berpisah
Barangkali kerana kasih
Risau nanti rindu merindu
Sepertilah aku
Ada rasa yang sifatnya infiniti
Seperti lautan sarat dengan intisari
...dan begitu juga rasa ini, tiada penghunjung.....
Hakcipta: Wan Mohd Hidayat 2011 (Kuantan)
8 comments:
Hujungnya itu pasti ,walau kita masih mencari,ajar diri untuk satu realiti,yg tiada atau ada itu kita ambil peduli..hehe..Nice puisi..chantekk..:-)
kita selalu berpuisi tentang diri....
Jaga diri abg... :)
salamm bro..
salam...
best puisi ini..
penghujung itu pasti ada...
Ad: TQ bang...saje busan2, buat lah puisi....hehehe
Wan: Thanks dik..take care too
en_me: Wassalam....assalam kembali... :)
Farid: InsyaAllah....penghujung kepada manusia adalah mati...
jutaan terima kasih dik, di atas perkongsian sebuah puisi yang indah ini..
sebuah puisi indah, yang memberi penuh makna untuk kita saling ingat mengingati...
jaga diri + family bebaik yea..
blog kamu rupanya....orator dulu. =p
awat lokasi masih di MIRI?
ingatkan dah ada di KUANTAN?
Post a Comment