Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Aski-aksi di BTRR, Farid, Zara, Juju, Jemi, Ayie, Lan, dan aku
Minggu hadapan, baik di blog mahupun di FB, ruangan itu akan menjadi sunyi seketika. Aku akan ke Labuan selama beberapa minggu bagi menyempurnakan tugasan baru di Samarang Platform. Pergi dengan separa kesediaan baik secara fizikal mahupun mental. Banyak juga kerut di dahi ini tandanya aku berfikir akan perkara yang bukan-bukan. Berdoalah agar Allah Ta'ala legakan sedikit kekusutan ini. Benar, aku mahu sentiasa waras.....

Action!!!
Dua minggu lalu aku ke Borneo Tropical Rainforest Resort bersama rakan-rakan sepejabat dan beberapa teman rapat di Miri. Hakikatnya, kami tidak begitu merancang ke BTRR. Ianya berlaku mengikut persetujuan taman-teman (impromptu plan biasanya lebih menyeronokkan!). Secara kebetulannya, aku tidak ke laut dan oleh yang demikian aku juga turut serta ke BTRR, untuk pertama kalinya. Kami memanjakan diri dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan di sana. Bermula dengan menaiki 'Train Truck' melawati seluruh kawasan BTRR selama dua jam berselang dengan berjalan kaki dan menaiki boat, ternyata apa yang disediakan di BTRR agak menyeronokkan. Selain itu kami juga mencuba beberapa aktiviti lasak seperti abseiling (30 meter), flying fox (100m) dengan ketinggian 60 meter dari permukaan kolam ikan, dan jungle trekking. Fasiliti sukan turut disediakan di BTRR di samping tempat penginapan mengikut rating bilik juga tidak kurang hebatnya. BTRR adalah merupakan 'private own' yang sesuaikan dijadikan salah satu lokasi pilihan bagi mengadakan 'team building' dan aktiviti-aktiviti berkumpulan. Bayaran masuk adalah bertepatan (RM35) dengan makanan berjadual disediakan. Apa lagi, sialah berkunjung ke BTRR di Miri.

Gembira!!!
Selamat maju jaya semuanya :-D
21 comments:
take care abg...all the best...:)
salam... seronoknya pi labuan... kirim senyuman.... leh tak???
Slmt ke laut..Laut yg luas terbentang menjelaskan satu ciptaan yang tak ternilai..Nikmat yg harus disyukuri...Tanpa laut tiada daratan..Tanpa daratan tiada laut..Saling melengkapi walau dlm beza yg banyak..SYUKUR...
Wan: Thanks dik :)
Farid:Hahahaha...tak seronok pun. Atas urusan kerja jeak...
Ad: I love laut!!!
laut best ditengok je. panas! :D jadi negro lak nanti :P
flying fox sangat best! :)
assalamualaikum dik.
sronok dan puas bergumbira yea. meninggalkan segala 'semak2' yg ada! alhamdulillah, kuatkan semangat, tabahkan ati, sabarkan diri dan terus bangkit melawan segala onak dan duri demi suatu kejayaan dan kebahagiaan yg hakiki..
Yakinlah pada DIA yg satu, insyallah, smoga segala yg dilakukan olh adik akan dipermudahkan olehNYA, amin..
walau di mana dan bagaimana situasinya.. doa akk, semoga kehidupan adik dilindungi dan dirahmati olehNYA, amin..
okey dik, jaga diri bebaik erk..
sekadar ingatan bersama : banyak2kn minum air suam. cuaca skrg x menentu.. kalo rasa sakit terus jumpa doktor tau, jgn tangguh sehingga melarat..
BTRR memang best!!
da pergi ke air terjun tak?.. mandi manda di air terjun kat situ pun bestttt ;D
waaa bestnya...
salam,
cam menarik tempat ni..lama dah abg x join aktiviti2 camni...entah mampu atau tidak melepasi halangan..
right on dayat. :-)
good day people. I'm actually into shoes and I had been searching for that meticulous make. The prices seeking the shoes were about 170 pounds everwhere. But finally I set this locate selling them someone is concerned half price. I really like those [url=http://www.shoesempire.com]prada sneakers[/url]. I will probably order them. what can you say about it?
hello dudes. I'm actually into shoes and I was digging for the sake of that singular brand. The prices seeking the shoes were about 190 pounds on every site. But definitively I set this site selling them as a remedy for half price. I exceptionally want these [url=http://www.shoesempire.com]prada sneakers[/url]. I will absolutely purchase those. what can you tell me about these?
Selamat bertugas di Labuan... kalau singgah ke KK sila sila lah maklumkan yer...
Salam Sayang Beruang Madu
Apa khabar adik.
You seems to put on weight if to compare with your old photos in these blog.
Spare tyre di bahagian perut sudah obvious.
Kena diet kot..ini mesti happy atau stress, so makan makan keterlaluan kah?
Maaf jika my comment yang ikhlas tersinggung perasaan adik.
Zainal
Singapore
hello people. I'm really into shoes and I was searching allowing for regarding that particular make. The prices seeking the shoes are around 220 dollars on every page. But definitively I base this locate selling them someone is concerned half price. I really like those [url=http://www.shoesempire.com]gucci sneakers[/url]. I will definetly buy them. what is your opinion?
sungguh seronok aksi lasak,
salamm,
good afternoon bros. I'm actually into shoes and I had been searching for that meticulous brand. The prices due to the fact that the shoes are around 200 bucks everwhere. But completely I found this area selling them as a remedy for half price. I exceptionally love those [url=http://www.shoesempire.com]gucci sneakers[/url]. I will absolutely purchase them. what can you say about it?
gayat ler nak join xtvt macam ni, hehehe
徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社
Salam...
Aminkan doa Imam Masjidil Haram.
Post a Comment