Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesemuanya.....
Firman Allah S.W.T
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Surah Lukman : Ayat 18
Semalam aku terbaca surat buat Aisya' berjudul >>>Klik di tajuk ini ~Pernyataan Hati Buat Aisya'~. Sesungguhnya aku tersentuh dan terharu. Setinggi ucapan terima kasih buat penulis dan aku kehilangan kata-kata untuk terjemahan sikap dan sifat, akal dan fikiran, budi dan bahasa tentang 'dia' dan segala intisarinya. Semoga Allah senantiasa bersama kalian dalam kegembiraan dan kesediahan. Yakinilah bahawa ianya adalah anugerah Allah. Beginilah, menjadi diri sendiri adalah yang terbaik ketika mempersembahkan pengalaman dan pengetahuan diri dalam sebarang perkongsian. Ayuh kita perkasakan sifat-sifat mahmudah!.

reposts!
Selamat Meneruskan Ibadat Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Salam 1Malaysia buat kesemuanya!.
6 comments:
Sebarang perkongsian itu akan membuatkan tiap hati berfikir dan berkata..Mencari dimana pemahaman atas perkongsian itu dalam langsung hidup setiap hati yang membaca..
Perkasakan mahmudah dan mengikis mazmumah..INSYALLAH..
semoga tuhan menganugerahkan kegembiraan buat kita semua dayat!
~cinta itu universal sifatnya. yang mana manusia harus berkongsi semuanya.~
ayuh..sama sama kita perkasakan sifat mahmudah yaa!!:)
Moga ALLAH sentiasa redha dgn kita abg..jaga diri ye...
Cinta itu indah..,
Kebahagiaan itu indah..
dan ingatlah cinta dan kebahagiaan itu akan kekal indah jika ada persefahaman dan tolak ansur yang tidak berbelah bahagi...
~Insyallah~
Post a Comment