Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
GIMIK - Walaupun tajuk di atas adalah benar. Petang ini (1905hrs) aku akan ke Labuan untuk beberapa ketika bagi menyelasaikan tugasan yang baru aku terima semalam. Setiap kali ke Labuan, aku pasti teringatkan kenangan sewaktu aku menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan. setahun juga aku menimba ilmu di sana. Berada dalam komuniti Borneo yang terkadangnya melahirkan rasa janggal dengan persekitaran yang agak berbeza walaupun faktor geografi tidak berubah. Loghat bahasa adalah perbezaan yang paling ketara namun alhamdulillah, hari ini aku sudahpun fasih bertutur dalam bahasa melayu Sabah mahupun Sarawak. Pernah sekali aku siarkan coretan tentang Labuan sewaktu aku baru berjinak dalam dunia penulisan maya dan kini aku akui, aku masih mentah dalam penulisan maya. Entry 'Labuan Yang Lalu' antara kenangan terindah yang pernah aku pahatkan di dada Chronicle. Biarlah ia manjadi sejarah!
Di Labuan nanti, aku akan ke Samarang Platform dan Erb West Platform untuk memulakan kerja-kerja mencari maklumat dan meneliti masalah dan kekangan yang wujud sebelum aktiviti penyingkiran masalah boleh dilakukan. Perkara ini adalah mustahak bagi membolehkan projek yang akan dilaksanakan dapat dijalankan dengan cepat dan sempurna. Ini bukan pengalaman pertama aku namun bermain di Sabah Water merupakan yang pertama. Semoga Allah memudahkan urusan aku di sana nanti. Berita ramalan cuaca juga menunjukkan Laut China Selatan sedang mengalami gelora besar. Moga-moga kami yang akan ke sana sentiasa mendapat perlindungan Allah.

Picture courtesy of Luaq Dome Esplanade 2007
#Nur Aisya' Qaisara, abah mohon maaf atas kekangan waktu untuk bersama kamu. Abah akan pulang segera untuk kamu yang sungguh abah sayangi. Pelajarilah betapa Sepi Itu Indah!.
19 comments:
Pada saat ini, sepi itu amat indah sekali...kalaulah hati boleh berkata2 tanpa perlu aku bersuara, pasti dia faham perasaan ini...biarlah, sepi itu indah...
wah.. tajuk adelah propa sgt.. huhu. igt dah kembali ke smnnjung td..
oh... Pic adelah santek.. tp.. adekah itu perut.. err.. er.. lariik!
boroi tuhh ..... :)
kan betul aku kata expanding...
*sila jangan boros bila berbelanja yer
good luck...
kalaupun pergimu tak berkhabar.
pulangmu pasti bertunggu kawan.
selamat jalan, dan selamat ketemu jalan pulang kelak!
Sepi memang selalunya indah..bermuhasabah dan bermadah..mengenali asal erti sebuah kehidupan..menjari jalan menuju tuhan.....salam kebahagiaan abg....
erm...
hope u succeed in ur job there..
im from ump too..
third year already..
hehe..
abg..
jauh berjalan nampak?
huhuhuh....
i dunno you..but interested 2 know anythg about taiping...
frm taiping wit luv,
rubeena yg chumyll
biar sepi itu berbicara
saya sangat suka puisi ini....
Ping!
Best tu di Miri. Ingat masa aku gi sana dulu. Walaupun sekejap tapi bermakna
salam.. senyum2 selalu..
Auk lah.. kitak. jadi transfer tek? Masih di mirikah?
Nippon Oil
wan, nice knowing you via blog :)
maksu rasa nak berenti blogging dah.
tajuk ya benar???ktk nak tinggalkan miri bena2ka??aiee, jgn aiee.....sedey kmk klak....aisya' sehat jak kinek tok..bertmbh sehat..pipi semakin bulat....
Dayat.
i am so sorry too pasal ur visit ari ya.I feel so awful too tauk sik.
Sebab obviously i miss all the fun you guys had nak.
btw,wish you all the best in life.
one thing i like bout you is kitak sik penah lupa untuk be grateful for every inch of things you have and yet to have.
ce....boh kembang idong.hahaha.
Post a Comment