Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Firman Allah SWT
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Surah Al-Baqarah : Ayat 17

Lokasi Pertama: Rumah Kosong Terbiar di Tepi Jalan Lutong-Kuala Baram
Tema: Office Attire
Nukilan ini hanya sebuah notasi ringkas tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling aku ketika ini. Pertamanya, aku telah berjaya menghubungi rakan seperkolahan sewaktu aku masih menetap di Gerik, Perak pada tahun 1997. Ketika itu, kami sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II. Azizun bin Izak merupakan sahabat rapat aku ketika itu. Dua belas tahun lamanya kami tidak saling menghubungi dan Sabtu malam yang lalu, kami berkongsi sekitar perkara-perkara yang telah berlaku dalam hidup ini.

Lokasi Kedua: Hutan Belukar Yang Terbakar
Tema: Smart Casual
Keduanya, takziah buat Cikgu Farid Kamil, atas pemergian ayahandanya yang disayanginya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan dirahmati Allah. Beliau sedang dalam penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur untuk pulang ke Kuala Kangsar. Tahniah buat Anas dan Shima kerana sentiasa berjaya menjadi sahabat contoh. Kalian antara contoh sahabat terbaik. Al-Fatihah buat ayahanda Cikgu Farid Kamil.....

Lokasi Ketiga: Pantai Lutong-Kuala Baram
Tema: Santai Di Tepi Pantai
Ketiganya, ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat sahabat yang aku anggap kakak di Miri ini, Along. Semoga Allah memanjang usia Along, memurahkan rezeki Along, dan merahmati kehidupan Along di dunia dan di akhirat. Wan sentiasa sayangkan Along!.
Nota Kaki :
# 24 May 2009 merupakan ulangtahun perkahwinan Abah dan Umi yang ke 30. Tahniah!, Semoga ikatan itu akan terus dilimpahi cinta, kasih sayang dan rahmat Illahi. Ed sayangkan Abah dan Umi. * Ada kenduri doa selamat dan majlis bacaan Yassin sempena hari ke 100 pemergian arwah Tok Pekan. Al-Fatihah di Lepar Utara....
# Gambar-gambar di atas merupakan sesi fotografi bersama AffyMaruni di Lutong-Kuala Baram (rumah kosong dan pantai) Sabtu lalu. Sesi ini telah dirancang sekian lama dan akhirnya berjaya walaupun masing-masing berada dalam keletihan dan kesibukan. Suatu percubaan yang baik buat Affy sebagai seorang Photographer muda yang sedang membina nama di Miri. Thanks a lot Affy!. Terima kasih juga buat Ain dan Deqlah kerana turut serta petang itu walaupun cuaca agak panas.
# Suhu badan meningkat hari ini, telinga di sebelah kiri bahagian dalam agak sakit dan selsema yang meleleh hingusnya. Adusss, mujur semalam aku telah membaca satu artikel yang telah ditulis oleh Brader Ian, rasa termotivasi juga. Apa kata kamu?.
18 comments:
nice shoot...tip top meletuppp..
eh apa id FB....xnak add kite pun tau??
Gempak jugak gambar tu..nak gak blaja cam mane nak edit jadi cam tu..huhu..wan bleh ajar?
bergaya kamu dayat! =)
dan selamat ulangtahun ke-30 buat abah dan umi kamu dayat!
Okeh hensem..
ader gaya model..nak tukar kerjaya x????
hehehe...posing
demam ke...makan ubat la...
kacak, hensem, bergaya.....ada time kita 2 berphoto shoot gik ok?hihi
salam... terima kasih di atas ucapan dan ingatan itu....
baik nyer posing .... u shld consider part-time modelling for ads ....:.... nak buat runway, pendek sgt... aja-aja fighting!!!!
gambar pertama dan kedua cantik...yang ketiga tuh...kureng sikit..
gambar kedua tuh, macam iklan spring collection somme pakaian berjenama plaks haha
tahniah pada photographer
ammvoiii, santai ghitewww.. salamms
tahniah utk ayahanda dan bondanya, moga terus kekal bahagia dalam melayari rumahtangga abadi :)
cemana sesi fotografi, penat tak?
fuyooo..
copyright reserved tuh..
salam. bergaya siot. kadang2 seronok bila dapat berjumpa kawan2 lama...
tumpang menjengah..bro ko pernah dok gerik ye...bila mau turun gerik lagi
Semoga Abah dan Ummi Dayat kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
30 tahun tu lama tu.. pasti banyak kenangan yang ditempuhi...
pssttt.. akak nampak Dayat dah berisi sikit.. betul ke?
elok jugak gitu... nampak gagah sikit ;)
Salam Wan... baru berkesempatan untuk singgah ke sini hari ini :) Masa dan keterbatasan dalam beberapa aspek tika ini nampaknya amat mencemburui Along rasanya hehehe...
Terima kasih yg tidak terhingga atas ingatan serta doa tulus ikhlas Wan itu.. Sungguh!! Along amat-amat menghargainya..
Syukur Alhamdulillah jua atas rahmat dan anugerah 'sahabat' yang Allah kurniakan kepada Along kebelakangan ini.. Sungguh!! ia antara anugerah terhebat daripadaNya.. Semoga ia akan terus berkembang beserta kejujuran yang tulus dan berkekalan selamanya INSYAALLAH :D
nice picture... most important thing: you're gorgeous!
Post a Comment