Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Firman Allah S.W.T
"...Sesungguhnya Kami telah berikan banyak kebaikan kepada kamu. Oleh itu, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan korbanlah. Sesungguhnya apa yang membencimu itu akan musnah...".
Al-Kautsar : Ayat 1-3
JELIK AKAL
"Ramai manusia yang berpura-pura dan berdusta untuk mengejar dan mengecapi apa sahaja yang dihajati. Ramai orang yang bermuka-muka untuk mendapatkan tempat di dalam hati. Ada juga yang bersaing berurusan mengejar sesuatu yang diketahuinya tidak pasti".
Mungkin dahulu aku juga begitu dan kini, masa untuk berhijrah tingkah.....ingatlah, Allah tidak pernah tidur walau seketika. Bermegahlah di dunia ini.....

Senja di Pantai Luaq - April 2009
Rabu ini aku akan pulang ke Kuantan (MYY-KUL-KUA) selama dua minggu, bercuti panjang bersama keluarga. Perancangan asal, mahu sahaja aku lewatkan diri ke Kuantan untuk menikmati kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur, namun aku batalkan segala niat di hati memandangkan Kuala Lumpur bukanlah destinasi terbaik untuk aku mencari ketenangan. Maaf teman-teman lama di Kuala Lumpur, untuk ketika ini, keluarga adalah segalanya. Kepada AR: Bro Ian dan AR: Kak Fisha, I want to meet my family first in Kuantan and I'll meet you later with my beloved twin in KL next week. Sorry for an unintended 'Mountain to Mountain 2009 Climbathon, Gunung Nuang' and 'P.Kapas-Marang International Swimathon 2009'. Get my gears ready brother!.

Dia adalah teman terbaik pernah aku miliki - Terima Kasih Anas

Kedua-duanya adalah bekas teman seperjuangan di Labuan Matriculation College 2002 dan kini kami semua berada di lapangan yang serupa dengan identiti yang berbeza
Sebelum aku meninggalkan pelantar perkongsian ini lebih lama tidak berisi, izinkan aku berkongsi sedikit pengalaman lalu bersama kalian. Suatu pengalaman yang telah menjadikan aku seorang yang lebih kuat, tabah dan matang. Pengalaman yang menjadikan aku seorang yang lebih barhati-hati. Sepanjang tempoh itu, aku berdoa kepada Allah agar aku tidak terus dibelenggu dengan dendam dan kebencian. Justeru, jalan terbaik untuk melupuskan segala sifat mazmumah itu adalah dengan memberi kemaafan. Kemaafan yang lahir daripada akal yang masih terbekal dengan secekil iman dan hati yang masih tersimpan kasih. Alhamdulillah, aku semakin tenang hari ini. Sesugguhnya, kehidupan ini berahasia seribu satu hikmah.

Dua orang sahabat yang sentiasa memberi aku semangat dan nasihat - Anas dan Farid Kamil
Aku percaya, ketenangan ini adalah hadiah daripadaNYA. Barakah doa keluarga dan teman-teman. Setinggi ucapan syukur, terima kasih dan penghargaan buat Mu Ya Rabbi serta teman-teman semua. Episod kelana ini akan berstatus sendiri sehingga mana ia tidak bertaut. Aku garapkan beberapa pengajaran ringkas sepanjang kesenyapan ini untuk panduan dan pedoman kita bersama. Inilah kesimpulannya.....
#Gambar-gambar di dalam entry ini adalah Hadiah Dari Hati buat teman-teman yang merindui wajah yang sekian lama menyepi. Akulah si askar laut.....

KESIMPULAN 1 : Hargailah diri sendiri sebelum memberi penghargaan kepada orang lain

KESIMPULAN 2 : Sayangilah keluarga dan teman-teman terdahulu

KESIMPULAN 3 : Jangan mudah percaya pada cerita, bersiasatlah jika kebenaran yang dituntut

Aku mahu senyum sepanjang masa!!!
Jutaan Apresiasi
Keluarga tercinta atas kata-kata semangat dan inspirasi berpanjangan
Teman-teman di Miri (PBJVmates, TheWeng, Anas, Shima & Farid)...kalian tahu siapa kalian...aku menyayangi kalian
Teman-teman blogger atas doa-doa dan suntikan perangsang
Eira, terima kasih atas tiket penerbangan MYY-KUL-KUA & KUA-KUL-MYY lusa adalah masanya.....
Dear Boss, thanks for this loooooonnnng break given.....

Merokok membahayakan kesihatan!!!
Apa Telah Terancang
Great Wall of China...I'll come in summer to conquer You
Dearest Qaseh, uncle just wants to spend time with you at home
Selamat Bercuti dan Semoga Berjumpa lagi
34 comments:
Hehehe.. Along juga selalu berharap untuk ingin selalu terSENYUM ;D
Semoga Allah menganugerahkan senyum dan ketenangan itu sentiasa buat kita semua.. Biarpun ada ketikanya kita pasti akan diduga dengan cabaran, tabah dan redhalah menghadapinya. Pasti ada hikmah disebalik setiap ujian itu...
Selamat bercuti dan bergembiralah bersama keluarga terchenta :)
Salam..ai abg...selamat bercuti ya..jaga diri ya..semua org mengharapkan untuk sentiasa mengukir senyuman...Abg,jg diri tau....
have a good rest....
selamat bercuti n bergembira d samping family...tolong ceom qaseh untuk kmk, cute gilaknya ya:P
dayat...kenapa macam depressed je ni...
call me...
Along: Marilah kita semua berSENYUM dengan sesempuna mengikut kemampuan kita...tapikan Along...mata manusia tidak pandai menipu dan berdusta...
Wan masih mananti akan hikmah atas semua yang telah berlaku dan terjadi.....
Semoga cuti ini akan mengeratkan lagi silaturrahim Wan bersama family dan dengan yang maha PENCIPTA....
AmirRayyan: Thanks dik...sekarang mmg abg sedang menjaga diri lebih daripada segalanya....
En. Seni: Akhirnya...dapat juga berehat panjang di kampung...terima kasih.....
Eira: Hahahaha...kamek akan tido ngn my dearest Qaseh setiap malam dan ketika...cute kedak kamek kah?. Kerana itu Qaseh perlu dihargai....
Mdm.Normala: Nope mdm...I am ok...trust me...we both Scorpio...and we are strong...Mdm. can u do me a favor...fetch me up at the airport Wednesday...I'll be arriving at 1825hrs (8th April 2009)...while waiting for my parents, we lepak at East Coast Mall>>>Baskin Robbins, Starbucks OR Big Apple???...OR Taj Restoran...The choice is yours...
dah tau bhy so berenti laa menghisap abg dayat~...
makin hebat dugaan yang mampu dayat tempuh, makin besar ganjarannya kelak. percayalah, tiap sesuatu yang berlaku, pasti sebabnya juga untuk sesuatu yang lebih baik.
kalaupun kita cuma manusia biasa, kita juga mampu terbang tinggi bak burung yang punya sayap. kita cuma perlu yakin!
selamat bercuti dayat!
Mudahan selamat semuanya, Wan. Do what ever YOU want to do, with who YOU wanna be with, and create as many happiness as YOU wish..but remember to make a GREAT comeback later, aight!
*can't wait to meet ur twin! :)
Take care and have a safe journey, Wan. Moga Bahagia :)
hey.. u r friend of anas jugak rupanya.. kim salam kat dia..
slamat becuti. yezzaaa
Salam Dayat,
akak selalu nasihatkan diri sendiri... apa-apa pun yang terjadi, akak perlu sayangi diri sendiri..
jangan biarkan diri tersiksa disebabkan orang lain.
diri kita ada hak untuk gembira.
Jangan hanya disebabkan kata-kata orang, kita terpaksa berkorban perasaan..
selamat bercuti ya..
semoga gembira selalu..
psstttt... barulah hari ni akak dapat tengok gambar2 kat blog Dayat ni..
happy :)
Semoga telah menemui apa yang dicari...senyum selalu
Hafify: InsyaAllah...pelan2 dik...bukan senang nak berhenti nih...
Addyaholix: Thanks brother, thanks for the wish and thoughts...I hope I can go thru this life successfully....
Zara: Thanks so much my dear sister...InsyaAllah, semoga apa sahaja niat baik akan dipermudahkanNYA....
Arep: You kenal ke Anas???. Boleh bagitahu mcm mana boleh kenal anas...
Moon: Thanks moon...semoga cuti kali ini akan menjadi cuti terindah dalam kamus hidup....
KakNeeza: Yup akak...segalanya berpunca dari diri kita...hehehehe, setelah sekian lama kah...itulah wajah sy yang terbaru....hehehehe
Bangi: belum ditemui...InsyaAllah, suatu ketika nnti...masanya akan tiba...
ok dayat. i ambik u kat airport...kita lepak2...:-)
Wan,
Semoga bila tiba masanya nanti, kita terus tabah berdiri...walau kaki ini sudah begitu penat sekali...
1stly.. cantik gambar2 terbaru bro, makin smart dengan semangat kehidupan yg baru.. semoga wan terus berjaya..
2ndly.. hu3, pelan2 berenti?! pelan2 pun jangan sampai tak berenti plak dik.. like ur message "merokok membahayakan kesihatan" so, tingkatkan usaha ok..
3rdly.. sentiasalah tersenyum bro, andai itu pencetus kegembiraan hidup..
4thly.. semoga bro berjaya mendapatkan apa yang bro impikan.. yakinkan diri, sabar dan tabahkan ati, kuatkan semangat dan tingkatkan usaha.. bro pasti berjaya.. insyallah..
selamat bercuti bro, take care yourself.. jangan sesekali lupa pada Allah swt.. insyallah, semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt.. amin...
**miss u..
Semoga mendapat kerehatan yg secukupnya..Insyallah..
Salam
Lalui perjalanan hidup yang singkat ini dengan Ikhlas. Jangan rugikan masa hidup ini dengan dendam, kebencian, mengadu domba, mengadakan cerita dan segala yang tidak sihat. Adakala kita perlu belajar untuk berbaik sangka. Apabila kita berlaku salah, sandarkanlah al-Quran, hadis serta kalam2 yang baik pada tempatnya yang haq. Semoga saudara beroleh ketenangan yang hakiki....
Salam
Lalui perjalanan hidup yang singkat ini dengan Ikhlas. Jangan rugikan masa hidup ini dengan dendam, kebencian, mengadu domba, mengadakan cerita dan segala yang tidak sihat. Adakala kita perlu belajar untuk berbaik sangka. Apabila kita berlaku salah, sandarkanlah al-Quran, hadis serta kalam2 yang baik pada tempatnya yang haq. Semoga saudara beroleh ketenangan yang hakiki....
Mdm.Normala: Thanks mdm...thanks a lot...
Bangi: Terima kasih atas nasihat tuan...sy berusaha memahaminya...
Norish: Thanksss a lot sister...I don't know what to say...I just want to thanks and thanks and thanks....for everything....
AdRifza: Alhamdulillah....terima kasih en. Ad...
Anonymous: Alhamdulillah...kebencian merosakkan jiwa...dendam menggelapkan iman...mengadu domba merencatkan taqwa...
Pancaindera ini tidak tersilap meneka tulisan saudara...sudah sebati walaupun tidak lagi serasi....
Terima kasih atas segalanya...insyaAllah, sy akan berusaha sedikit demi sedikit untuk memperbaiki kelemahan yang ada demi kemaslahatan diri sendiri.....
salam bahagia utk Wan :)
redha redha redha
dalam pendeknya abjad-abjad yang membentuk huruf redha, ada kelapangan yang luas wujud dari nya
seronok~!
selamat bercuti..bawa2lah berehat..:)
hye..abg dayat..hows life?long time no c..
take a good care ya!!
kenal anas sb friend on friend jer.. dtg kelantan dulu2.
1. rokok bahaya kesihatan tapi masih merokok ek?
2. selalu senyum? tak senyum pun pic tu
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網
Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.
Post a Comment