Assalamualaikum and Salam Sejahtera....
Walaupun 2009 baru sahaja dibibir tirai tahun, malah Januari belum pun lengkap kitaran bulanannya, namun ujian DIA tidak pernah memilih masa dan ketika, jangan pula difikirkan tentang ruang untuk bersedia kerana sesungguhnya ujian itu bukan satu istilah percubaan.

Taman Tasik Taiping, Perak
Seperti yang telah digambarkan dalam entry sebelum ini, aku mengambil cuti selama beberapa hari untuk pulang ke kampung sementara di Lepar Utara 11, Pahang. Sebelum pulang ke kampung, aku ke Taiping, Perak untuk mengikuti The 6th Perak Iron Bound Challenge Taiping pada 18 Januari lepas. Setelah hampir 13 tahun aku tidak ke Taiping, akhirnya untuk percubaan perlumbaan ini, aku menggagahkan diri ke sana. Masa depan aku mengajak aku untuk ke sana. Merasai dan melihat secebis halangan yang manusia sendiri ciptakan. Aku membuat persediaan dari Miri. Latihan yang tidak berguru, melalui sedikit pembacaan dan pertanyaan dan sesungguhnya tiga hari bukanlah tempoh latihan terbaik untuk perlumbaan ini. Walaupun telah diminta untuk berfikir beberapa kali sebelum menyertai perlumbaan ini malah diri aku telah dilihat sebagai seorang yang tidak 'fit', aku sengaja membatukan diri kerana jauh dalam hati kecil ini, aku akan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Aku yakin aku boleh melakukannya.

Urusetia sewaktu sessi pendaftaran di Taiping Golf Resort
Penerbangan dari Miri seawal jam 0615hrs selama 2 jam dan 15 minit itu sedikitpun tidak terasa kerana aku hanya menghabiskan masa dalam penerbangan dengan tidur. Terima kasih kapada Tepak Sireh kerana turut bangkit seawal pagi itu untuk menghantar aku ke airport. dari KLIA aku terus mengambil ERL untuk ke KL Sentral dan selanjutnya mengambil LRT ke Masjid Jamek dan berjalan kaki beberapa ratus meter untuk ke perhentian Pudu Raya. Aku tiba di Pudu Raya 15 minit sebelum bas ke Taiping bergerak. Perjalanan ke Taiping mengambil masa 5 jam lamanya. Sepanjang perjalanan ke Taiping, aku menjalani sessi ta'aruf. Kusyuk mendengar segala cerita hidup dan masa depan, anak dan isteri, kerjaya dan cerita manusia yang menghuni alam ini. Tiba di Taiping, aku terus ke Hotel SSL Traders di Jalan Kamunting Lama, hotel yang baru sahaja di buka dan kurang sebulan umurnya. Selesai pendaftaran masuk, aku terus mencari restoran untuk mengisi perut yang sedikit lapar. Kata masa depan, aku perlu makan sebanyak mungkin sebelum perlumbaan esok hari. Selesai kudapan, aku terus ke bilik untuk berehat dan berjama' qasar sementelah masa depan pulang ke rumah menemui orang tuanya.

Sessi taklimat malam ketibaan peserta
Tepat jam 5 petang, kami bergerak ke Taiping Golf Resort untuk sessi pendaftaran dan juga Gear Checking dan Medical Check Up. Kami perlu lulus beberapa ujian pada petang itu sebelum secara rasminya diterima penyertaan. Alhamdulillah, segala dipermudahkan oleh Allah. 'MacamBagus' diterima masuk!. Setelah semuanya selesai, kami hanya melepak di sekitar Taman Tasik Taiping, sempat juga mengayuh Dummy Goose untuk menifestasi ujian ketahanan kaki. Aku ke rumah masa depan bertemu mummy dan daddy dan makan malam. Daddy asyik bercerita tentang pegalamannya sebagai pesara Ketua Penjara Malaysia. Banyak juga perkongsian dari daddy walaupun masa bersama cukup singkat. Kami perlu ke Taiping Golf Resort untuk sessi taklimat perlumbaan esok. Terus terang, aku sedikit gementar apabila rata-rata peserta adalah mereka yang berpangkat komander, altit negara, dan mereka yang sudah biasa dengan perlumbaan sebegini. Malah ada juga peserta yang datang dari Singapura, Filipina, Canada, Indonesia dan England. Dalam rasa gementar, aku hanya kusyuk dan tenang mendengar taklimat tentang perlumbaan itu. Sebaik selesai taklimat, kami makan lagi untuk carboloading. Besar perut aku malam itu. Pulang ke bilik sebelum tengah malam, membuat persiapan terakhir dan masa untuk berehat dan tidur.

Bamboo rafting yang akhirnya membawa semua peserta untuk berenang
Aku bangun seawal pagi, bersarapan dan terus ke Taman Tasik Taiping untuk upacara perasmian dan perlepasan bendera sebagai tanda isyarat perlumbaan telahpun bermula. Aku melakukan sedikit regangan dan tidak putus berdoa agar aku dapat melalui setiap cabaran dalam perlumbaan ini. Perlumbaan bermula dengan larian sejauh beberapa kilometer sehingga kami tiba di tepi tasik untuk 'bamboo rafting'. Apa yang pasti, tidak ada seorang peserta pun yang berakit. Semuanya berenang membawa rakit sepanjang 300 meter tersebut. Barangkali, rakit buluh tersebut tidak mampu menampung berat peserta. Aku yang sekecil ini tidak tetampung, apatah lagi mereka yang bersaiz besar. Ujian kedua adalah 'river rambling' yang jaraknya sukar untuk ditafsirkan. Terlalu panjang!!!...meredah hutan belantara di Maxwell Hill. Bila sudah berada di dalam hutan, sudah pasti terdapat beberapa kumpulan yang sesat termasuklah 'MacamBagus'. Mengembara hutan hanya berpandukan kepada 'yellow-black' barricade yang warnanya seakan warna dahan kayu dan dan ranting-ranting. Keluar dari hutan, kami perlu mendaki Maxwell Hill sehingga ke Tea Garden sepanjang 2 kilometer dengan kecondongan lebih daripada 70 darjah. Kaki berdarah dan luka, pacat dengan duri-duri hutan. Dreaming of becoming supermodel???...just forget it!!!. Tiba di Tea Garden, kami perlu menuruni Maxwell Hill, sekali lagi meredah hutan belantara dan kali ini bukan lagi 'river rambling' tetapi 'waterfall rambling'. Setelah beberapa kilometer meredah hutan, kami tiba di 'absiel point'. Aku sangkakan, kami akan melakukan abseil pada ketinggian 20 kaki, rupa-rupanya 80 kaki. Subhanallah...aku terima cabaran itu. Rasa macam pro pun ada. Cabaran seterusnya, kami perlu manghabiskan tiga disiplin dan untuk cabaran ini, kami diberi pilihan untuk memulakan mana-mana disiplin mengikut kemampuan dan kesukaan. Kami memulakan disiplin berkayak sepanjang 300 meter dan diikuti dengan 'orienteering'. 13 check point perlu dicari mengikut bacaan kompas. Check point telah diasingkan dalam lingkungan 15 kilometer persegi. Kami mengambil masa 9 jam untuk perlumbaan ini sehingga ke COT. Puas hati???, alhamdulillah...cubaan pertama yang pada aku telah berjaya. Secara keseluruhannya, perlumbaan ini telah menjadi perlumbaan pemula yang sungguh hebat dan mencabar.

River rambling

River rambling
Gambar-gambar di atas telah di ambil daripada OPdochisyam dan telah diedit mengikut citarasa aku. Thanks doc.
Yang Tinggal Kenangan
Selesai perlumbaan, check out dari Hotel SSL Traders, ke rumah daddy dan mummy untuk makan malam, dan singgah di sebuah restoran untuk merasa mee udang. Sakit rasanya bila berjalan selepas perlumbaan. Daddy dan mummy yang lebih dari separuh abad itu memandu kami dari Taiping sehingga ke KL. Tumpang bermalam di rumah masa depan bersama daddy dan mummy. Aku sempat melihat Lana tetapi aku tidak sempat berbual dengan kakak.
Sempat makan tengah hari bersama Zoul dan Malim di Ikea dan ke LCCT menemani Malim menghantar Zoul. Destinasi terakhir di Tasek Height Apartment bermalam di rumah Anjang, Cliff dan Mac. Along, Bad dan Zack turut bersama malam itu untuk makan di tengah malam.
Pulang ke Kuantan. Nenek yang hampir sedekad semakin tenat. Masa untuk cucu ini menjaganya. Tiga hari di rumah, rasanya aku semakin faham istilah hidup. Setiap di antara kita akan menemui mati. Misteri keciciran telefon bimbit dalam perjalanan pulang ke Pahang!.
Bermalam di UMP. Untuk debat semata. Rasanya semakin tidak sebati. Bersama Mdm. Normala, Khairee, Hafify, dan Mimiey bercerita tentang teman dan masa depan. Terkandas di LCCT semalaman akibat cuai diri.

Malam terakhir di Kuantan, Universiti Malaysia Pahang.
Bersama pendebat-pendebat UMP
Setiap hari adalah hari pengajaran dan pembelajaran. Kita melihat, kita mendengar dan kita juga yang akan menilai. Semakin hari, semakin sukar pula kehidupan ini...bersabarlah.
40 comments:
Ucu, mcm best je race tu
Salam,
Untuk apa didebatkan artis Indonesia , artis Malaysia.Apakah demi kelangsungan agama atau negara? Sungguh Nabi, macam apa kami ini....mengaku umatmu tetapi tidak ingin mengikutmu...
zaharahs
Cliff: Memang best cliff...apa2 pun ucu nak ucapkan terima kasih pada cliff, anjang dan mac sewaktu ucu berada di KL tempoh hari...semoga kita akan dapat bertemu lagi....InsyaAllah...
Zaharahs: Salam kembali buat Zaharahs...jika usul debat malam latihan tersebutlah yang diisukan...sy fikir Zaharahs sendiri tahu akan jawapannya. Kenapa kita perlu kaitkan dengan agama dan sebagainya. Debat sifatnya general...mengajar kita cara bertutur dan berbahas dengan betul...secara intelek...sekalipun usul memainkan peranan, ianya tetap terserah kepada pendebat2 untuk berhadapan dengan sebarang hujah secara ilmiah dan intelek....
Debat IKIM...mmg byk memperdebatkan soal kebejatan sosial...ekonomi, agama...perundangan, syariah...sy mencadangkan agar Zaharahs turut serta untuk dbat IKIM kelak....moga2 apa yang bakal dihujahkan oleh Zaharahs akan meninggalkan kesan mendalam kepada seisi dewan....insyaAllah...benarlah, kita mengaku kita ummat Muhammad...tepuk dada tanya lah iman....
kata kawang ambe, it's time to let go the past...
menarik cabarang tuh, pah neh bleh join amazing race plaks
Tahniah Wan.. berjaya jua akhirnya melepasi semua cabaran dlm perlumbaan di Taiping tu... Thumb-up ;D
Macam2 juga dugaan selepas itu yerk?.. alhamdulillah nampaknya semua dihadapi dengan sabar :)
Wah.... semalaman kat LCCT?! haha adakah sebab kite ganggu tidow die dimlm itu?!!
Bro nx time bile dah abis study nih jom kite lumbe sama tgk sape yg juara... huuu~
dayat!!!
i tunggu datang bulan 4 ok... :-)
saya harap mampu join aktiviti macam nih.
cuma, siapa masa depan? haha!
hp cicir kat mana?
Salam wan. Tahniah kerna berjaya harungi segala rintangan dalam perlumbaan itu dan jadikan ia satu pengalaman indah 2009 ini tika bersama 'masa depan'...tapi apakah maksud u with 'masa depan' itu? Bila aku baca lagi sekali...aku agak blur pulak *as usuall kan?...hehehe
Salam Dayat...
lama juga blog ni tak update ya.. sibuk agaknya adik sorang ni.
puas akak figure out jenis racing yang Dayat cakap tu.. barulah hari ni akak tahu. Bamboo rafting rupanya. Seronok tak? Kalau akak la, memang la tak masuk kot sebab akak tak reti swimming langsung! Tapi, kalau ada orang yang pandai swim, akak join lah. Akak duduk aje lah atas rakit tu huhuuuuu...
Nenek dah sihat ke? Akak doakan segalanya dipermudahkan untuk dia...Insyaallah..
jaga diri dik :)
EncikSeni: Let bygones be bygones dop???...hehehe...mmg mencabar cabarang tersebut....Amazing Race...sape2 yang nak jadi partner???
Along: Thanks along, alhamdulillah...semuanya dilalui dengan baik...
Semoga Wan aan terus kuat dan tabah...byk yang menanti di depan sana...
hafify: Tu lah pasal...dok bersembang smpai tak ingat esok nak fly...pastu mngorok kat KLIA...sah2 nxt flight guna AirAsia...alahaiiii...
nak ajak race???...let's it!!!
PatungCendana: Wait for me mdm...we get Bukit Tinggi together2 ek...can't wait!!!
Addy: Setiap di antara ita mampu bro...yang penting kesungguhan dan jgn putus asa...
Masa depan...watak tempelan semata2...cuma gambaran masa depan yang diterjemah dalam tubuh manusia...
Maksu: Misteri terccir...kelam kelabut naik ERL...poket seluar pendek...maka tak sedau ketika keluar...huhuhu
Kerull: Thanks a lot bro...dengan semangatlah kita boleh lakukan yang sebelum ini kita rasakan kita tdk mampu...hakikatnya kita semua punyai kekuatan...carilah ia...
Masa Depan: Seperti yang telah dijawab pada addyholix...gambaran paling jelas apabila disesuaikan dengan bentuk fizikal...minat...sikap...sifat...yang dipertontonkan depan mata dengan kuasa Illahi...ianya diterjemahkan drpd roh kepada suatu jiwa...ia mungkin benar, mungkin juga tidak benar...terserah pada individu bagaimana kita memperincikan tentang masa depan...jika perkara itu baik dan munasabah...sudah pasti kita akan gembira sekalipun dalam perjalanan menuju masa depan itu, kita akan didepankan dengan pelbagai ujian dan rintangan...inilah rentetan sebuah kehidupan...
KakNeeza: Hehehehe...akak, bukan setakat bamboo rafting...mcm2 ada....seronok!!!, akak kena cuba nanti...kalu dah berakit segala...akak tak perlu kemahiran berenang pung...hehehe
Wan takde lah sibuk sgt...cuma ambil sedikit ruang dan ketika untuk diri dan keluarga....
Nenek?...alhamdulillah, masih gagah dan berusaha demi usia yang bersisa...hampir sedekad umurnya akak....
salam bro..waaaa caya la..active life healty life ....its all about life...so colorful
bestnyer dpt join challenge tuh?wawawa...
tp tetap xpuas ht xsmpt jupe lame2 kt ump mlm tu,7minit je kot..
Hmmmm macam best jer challenge race tu...hehe...Boleh menguji stamina diri dan ligas fikir...
Hidup adalah suatu proses pembelajaran yg tiada henti.. Setiap saat dan masa yang berlalu mendetikkan suatu proses kitaran pembelajaran yang harus dan wajib ditempuhi untuk lebih mengenal diri dan menilai diri setakat mana mampu dan cekalnya kita..Moga yang terbaik juga yang kita perolehi..Insyallah...
awwww.... seri teruja dgn aktviti2 itu... part bamboo rafting tu...
teringat time study kt uum dulu... mcm2 aktiviti join.. sume best...
~ Mr Cronicle ~ all the best!
Salam Bro.....wah sempat lagi dengan aktiviti mcm nie. Taiping dah dekat tu ngan my kampung halaman. Rindu2....homesick
hi wan,
Siapa 'masa depan' tu?hehe..ketika artikal ini dibaca,'masa depan' seolah olah merujuk pada seseorang..siapa ek?
oh ya,seronokkan makan kat IKEA..akhirnya dapat jugak kita lepak sama sama kt kl walaupun masanya agak singkat..hehe
Arsaili: Thanks bro...active life healthy life...let's go for extreme...life is so colorful!!!
Daoz: Sesekali ikut program mcm tuh mmg menyeronokkan....tu lah pasal, same here...tak sempat nak borak2 panjang mlm tuh kat UMP...insyaAllah, nxt time ada lagi masa untuk kita semua bersama....
AdRifza: Alhamdulillah...seronok lah juga xtvt mcm tuh...mengajar kita untuk tidak cepat putus asa...itu baru halangan manusia cipta...DIA...maha hebat....
Seri: Hahaha....takpe, nnti kita buat bamboo rafting sama2 ek...seri mesti ringan kan....
Eridzhuan: Hah???...yea ke???...yea ke...Taiping mmg best, dah lama sungguh tak pi Taiping...sekali sampai sana tempoh hari...wow...tenang sungguh!!!
Homesick???....balik lahhhh...
Zoul: Hahaha...nak provok aku lah nih...penat aku dok crita masa depan tu siapa dan apa....baca komen i pad kerull dan addy...hehehehe...
Bestkan...dapat lepak sekejap jea tempoh hari...yealah..u pi shopping..i pi baca buku...nxt time ada lagi...
salam abg ed..shat?
wah best je race tu..dpt tmpt ke brape?hehe
*njoy ur life*
wah. kalau berjaya lakukan semuanya, kira fit lah tu.
suka tengok term "masa depan" dalam post ni. creative! :)
Perghhh cabarannya tak tercapai dek badanku...
1st time dtg sinih...sgt menarik tgk percutian ke bali..:)
halo bro.. aper citer? hehe..
gah .. u made us proud :)
coolnes
Salama Hidayat... tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran race tuu..
Alahai hebat sungguh metafora 'masa depan' tu. Cayalah !!!
blog sy dh kna removed by google.. hrp2 sudi jd follower kembali.. singgah2 la selalu.. masih di link yg sama.. TQ
Salam Wan.
First of all, Congrats sebab menyahut cabaran diri sendiri utk participate flm Race ni. Lepas ni..cabaran paragliding pulak ye! :)
Secondly, Takziah atas pemergian nenda tercinta. Moga rohnya dicucuri rahmat, segala amalannya di dunia diberkati Yang Esa, dan mudah2an beliau ditempatkan dikalangan org2 beriman & solehah. Moga Wan & family tabah akan ketentuan Illahi. Al-fatihah buat arwah.
Thirdly, rasa cam nak bowling lagi la...
akum...
hy abg dayat...
wah besnya dpt pg ptndgan mcm tue...
at least byk pengajaran yg kt dpt...he3
thankz gak sbb sudi 'mencemar duli' utk tgk kitorg berdebat...he3
ehmmm...
xsempat rasanya nak borak2 lama dgn abg dayat...
tapi nak bt mcm mn masa sntiasa tak kenal erti lambat dan menunggu....hu3
sebab tue kehidupan smakin hari smakin sukar hu3
Zura: Salam back to you...alhamdulillah, abg sihat. Race tuh mmg best...mencabar...same here, enjoy your life...
Faisal: Fit???...now I'm just realized that I'm fit...hehehe...
'masa depan'...again...creative...thank you...
Shumeirain: Hahahaha...tak lah, u pun boleh buat gak...lipat gandakan sessi training...
Mazarina: Thanks Maz...thanks for visiting Chronicle...do come again..hehehe...Yup, Bali best!!!
ChasterChaz: Helllowwww bro....crita???...mcm ni jea lah...dah semakin berusia rasanya...hehehe
Elros: Errmmm...'us'...why us???...semua org boleh buat bro...
JaseMario: Thanks bro...I want to get involved with so many AR...hahaha
'masa depan'...metafora ke tuh???
Seri: Hah???...mcm mana boleh jadi mcm tuh???...sure...sure...
Zara: My dear sis, thanks a lot....thanks for everything...I want you to be my partner here for the AR...mix couple...this must be so exciting...you want it???
Thanks also for the prayer...may her soul will rest in peace...
Bowling...DONE!!!
Jumain: Hahahaha....mencemar duli lah sangat...mmg tak sangka, junior2 sekarang mmg dah pandai berdebat...abg puji ikhlas nih...keep it up bro!!!!
sonoknyerr masuk hutannn tewww..
huahuahuahuahua
memang kena tahan stamina kalau race cenggini kan...kalau akak laa kan...uhuksss sekerat jalan jer laa jawabnya :D
mmg best ...
kalo dpt join jugak..bestnye
Kampung teman ni Tepen. Hehehe...
Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.
Post a Comment